Khamis, 31 Mei 2012

Keadaan sesak di Stesen LRT..........


Transit Aliran Ringan atau dikenali sebagai LRT merupakan salah satu kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan beberapa tahun sebelum berlangsungnya Sukan Komanwel 1998 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

S*** LRT yang mempunyai dua aliran perjalanan iaitu dari Ampang-Sentul dan Sri Petaling-Sentul.
Pada suatu ketika dahulu LRT menjadi kebanggaan dan juga memudahkan rakyat Malaysia untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Setelah hampir 14 tahun LRT beroperasi, terdapat pelbagai aduan dan komen dari penumpang-penumpang yang menaiki LRT.

Pada hari ini, aku sendiri telah berhadapan dengan masalah yang melibatkan LRT. Pada jam 5.30ptg, aku berjalan menunju ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk pulang ke rumah. Setibanya aku di stesen LRT tersebut, aku menjadi hairan dan pelik kenapa terlalu ramai org yang menunggu LRT?mmg aku tahu yang Stesen LRT Masjid Jamek sentiasa ramai org tetapi hari ni jumlah manusia yang menunggu LRT terlalu ramai hingga sukar untuk aku berjalan. Dalam fikiran aku, mungkin cuti sekolah ramai orang keluar berjalan-jalan. Aku pun terus menunggu. Setelah hampir 20 minit menunggu, tiada 1 pun LRT yang lalu. Aku mula pelik...Hanya LRT menghala ke Sentul saja yang ada. Seorang pakcik memberitahu aku bahawa dia dah tunggu hampir 40 minit, LRT tak sampai-sampai pun. Pihak yang menguruskan LRT pun tidak membuat sebarang penggumuman tentang kelewatan LRT dan semua penumpang yang menunggu menjadi terpingga-pingga.

Setelah hampir sejam, barulah aku nampak 1 LRT ke arah Sri Petaling muncul, tetapi keadaan di dalam LRT tersebut sgt sesak dan terlalu pada. Aku terpaksa membiarkan LRT tersebut berlalu dan menunggu LRT berikutnya. LRT yang kedua pula tiba dan masih penuh dan terlalu sesak. Akhirnya aku terpaksa menunggu hampir 1 1/2 jam untuk menaiki LRT. Setelah aku menaiki LRT tersebut, aku menyedari bahawa penghawa dingin LRT tersebut tidak sejuk dan penumpang berasa panas dan tidak selesa. Keadaan begini selalu aku alami bila menaiki LRT ini... Ada LRT yang air cond masih sejuk dan ada LRT yang mungkin air cond dah bermasalah... Klau air cond kereta tak sejuk mungkin kompressor yang rosak, kalau LRT agaknya sama kot....Hingga skarang ini aku masih tidak tahu puncak kelewatan LRT itu....

Kesimpulan dari apa yang terjadi hari ni ialah:
i) Pengangkutan awam tidak diselenggara dengan baik oleh syarikat yang mengendalikannya sedangkan setiap penumpang yang menaiki pengangkutan awam membayar tambah dan bukanlah naik percuma.

ii)Keyakinan terhadap pengangkutan awam mula diragui kerana tidak menepati masa. Ini boleh memberi impak kepada penumpang yang menaikinya kerana sesetengah penumpang yang menaiki LRT mungkin mempunyai mesyuarat yang penting atau temuduga / temujanji yang penting.


iii)Pihak pengurusan LRT tidak mengendahkan penumpang dan tidak membuat pengumuman untuk memberitahu tentang kelewatan dan masalah yang dihadapi.

iv) Walaupun jalan raya di KL sesak sekiranya memandu tetapi sekurang-kurangnya kita yang mengawal masa kita sendiri sebaliknya jika menaiki LRT dan LRT menghadapi masalah, kita juga terpaksa menanggu masalah tersebut dari segi pengurusan masa.


Sehingga ke saat ni, aku masih pelik dan binggung dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau jual barang pada pengguna. Mereka seolah-olah tidak mengutamakan pengguna dan pengguna seperti tidak mempunyai hak bersuara atau membuat aduan ke atas syarikat-syarikat yang hanya mengaut keuntungan tetapi mengetepikan keistimewaan pengguna / hak pengguna.

Di manakah silapnya??

i) Adakah kerana pengguna di negara ini tidak berani untuk membuat aduan dan lebih suka mendiamkan diri?
ii) Adakah pengguna di negara ini tidak mempunyai saluran yang betul untuk membuat aduan?
iii) Adakah kerana syarikat-syarikat tersebut adalah syarikat multinational / syarikat gergasi sehinggakan ada pihak takut untuk mengambil tindakan walaupun telah menerima aduan dari pengguna?


Renung-renungkan lah....... 



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan