Sabtu, 2 Jun 2012

Tawaran Istimewa Samsung S III dari syarikat-syarikat telco...Betul atau hanya gimik & publisiti murahan?

Baru-baru ini sebuah syarikat telco M telah menawarkan package untuk telefon pintar Samsung S III untuk tempoh terhad tetapi apabila bakal pembeli pergi ke pusat pelanggan dan agen-agen telco M tersebut pelbagai alasan yang diberi....Stok sudah habis la......Kami punya pusat khidmat pelanggan x terlibat untuk package itu dan hanya pusat khidmat utama yg membuat promosi tersebut la......Ini alasan-alasan yang diberikan. Pada hari Jumaat (1st June 2012), seorang rakan aku memberitahu aku dia tiba di pusat khidmatan pelanggan tersebut seawal 9.45am dan berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan tersebut di situ untuk membeli Samsung S III berserta dengan package ditawarkan pada harga istimew itu, tetapi lagi skali dia dikecewakan apabila pegawai khidmat pelanggan tersebut memberitahu bahawa stok dah habis.... Sekiranya stok dh kehabisan, kenapa syarikat telco tersebut tidak mengumumkan dilaman web rasminya yang promosi telah tamat lebih awal kerana kehabisan stok,sebaliknya mereka masih terus memaparkan promosi tersebut dilaman web rasmi mereka dan pusat-pusat khidmat pelanggan syarikat telco M tersebut....... Terdapat juga satu lagi syarikat telco yg menawarkan package yang sama tetapi apabila sudah kehabisan stok,syarikat telco tersebut terus memaparkan dilaman webnya bahawa sudah kehabisan stok untuk Samsung S III..Ini menunjukkan syarikat telco D lebih jujur berbanding syarikat telco M.... Adakah kerana syarikat telco M sebuah syarikat yang besar dan dimiliki oleh seseorang yang berpengaruh membolehkan ia melakukan apa saja sesuka hati? Dimanakah letaknya hak pengguna? Sekiranya tawar tersebut hanya terhad kepada beberapa buah unit Samsung S III saja,mengapa syarikat telco M tidak mempamerkannya terlebih awal supaya pengguna sedia maklum pasal unit yang terhad sahaja?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan