Rabu, 30 Mei 2012

Kerugian Operasi yang bakal di alami oleh Research In Motion (RIM)...Apa akan terjadi pada Blackberry??





Apa itu RIM?


Research In Motion Limited ( RIM) merupakan syarikat gergasi telekommunikasi yang berpangkalan di Waterloo, Ontaria, Canada.Syarikat ini telah menghasilkan reka bentuk, memasang dan memasarkan peralatan telekommunikasi tanpa wayar dan menyediakan perkhidmatan tanpa wayar bagi telefon bimbit yang berjenama BLACKBERRY di seluruh dunia. RIM menyediakan platform, sistem dan aplikasi untuk  pengguna blackberry memperolehi informasi melalui telefon bimbit BLACKBERRY samada melalui e-mail, panggilan suara, IM (pesanan segera) - BBM dan juga sistem pesanan ringkas. RIM juga menyediakan platform untuk aplikasi berasaskan  Internet and intranet. RIM bertanggungjawab menguruskan system tanpa wayar BLACKBERRY, menghasilkan telefon bimbit berjenama BLACKBERRY, menghasilkan aplikasi untuk BLACKBERRY.   Mike Lazaridis dan Jim Balsillie merupakan pengasas syarikat tersebut. Syarikat tersebut telah disenaraikan dalam pasaran NASDAQ di Amerika. dan disenaraikan di pasaran saham Toronto di Canada.





Pada tahun 1999, RIM merupakan syarikat telekommunkasi pertama yang menyediakan perkhidmatan "push e-mail" dan "instant message a.k.a BBM" untuk telefon bimbit keluarannya iaitu BLACKBERRY. Blackberry pernah menjadi telefon pintar no. 1 dan mempunyai ciri-ciri yang unik tetapi kedudukannya mula tergugat apabila kewujudan syarikat-syarikat lain seperti Apple,Samsung, HTC yang menghasilkan telefon pintar (smartphone) berasaskan Android.


Disebabkan saingan yang tinggi dipasaran, jualan Blackberry telah mengalami penurunan dan kedudukan mereka di pasaran telah mula tergugat. Pada Selasa (29 Mei 2012), RIM menjangkakan yang mereka akan mengalami kerugian operasi dan telah melantik kerugian dalam mengendali dan RIM telah melantik sebuah Bank untuk membantu mereka untuk menganalisis semula strategi perniagaan mereka. Dalam masa yang sama juga, RIM juga merancang untuk mengurangkan kos operasinya dengan mengurangkan tenaga kerja. 


Apakah langkah yang diambil oleh RIM adalah tepat?
Adakah kadar pengangguran akan meningkat?
Apa akan terjadi pada Blackberry?
Adakah Blackberry akan menjadi seperti Nokia / Motorola?
Adakah RIM & Blackberry akan berjaya menghadapi peperangan telefon pintar (smartphone) ini?

1 ulasan:

  1. Aku rasa blackberry kena kuarkan smartphone yg screen besar n byk application mcm android n apple ios.....

    BalasPadam