Rabu, 30 Mei 2012

pelaburan emas


Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang dapat menjana pendapatan seseorang itu.....Antaranya ialah melabur dalam hartanah, pasaran saham, FOREX, Simpanan Tetap & Emas.

EMAS ??

Emas merupakan logam yang berwarna kuning berkilauan yang boleh tempa dan dimulurkan. Emas dianggap sebagai logam yang paling berharga dan nilainya telah digunakan sebagai sandaran bagi matawang.

Rasulullah s.a.w bersabda:


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan".


Graf tersebut menunjukkan perubahan harga emas selama lebih dari 30 tahun. Walaupun berlaku peningkatan dan penurunan pada harga emas, tetapi jika kita perhatikan graf tersebut dari tahun 2008 hingga kini, harga emas boleh dikatakan stabil.


Skarang ni terdapat pelbagai cara untuk anda melabur di dalam emas. Samada dgn cara membeli emas fisikal atau akaun pelaburan emas (Gold Investment Account). Kadang-kadang, sukar untuk kita membuat pilihan. Terdapat sesetengah individu yang berpendapat bahawa melabur dengan membeli emas fisikal lebih baik berbanding melabur melalui akaun pelaburan emas. Bagi pendapat saya yang dalam golongan berpendapatan sederhana dan tidak mempunyai rumah yang dilengkapi dengan peti keselamatan dan ciri-ciri keselamatan yang canggih, saya memilih untuk melabur melalui akan pelaburan emas (Gold Investment Account).


Kenapa "Gold Investment Account" ?

1) Mudah untuk dibeli dan dijual
 -  Anda hanya perlu pergi ke cawangan bank yang menawarkan akaun pelaburan emas untuk anda membuka akaun serta membeli dan menjual.

2) Boleh dibeli dalam nilai yang kecil atau sedikit
- Anda boleh membeli minimum 1gram bersama RM160.82 (as at 30th May 2012) tetapi sekiranya membeli emas fisikal, minimum anda perlu membeli minimum 10gram.


3) Tidak perlu menyediakan tempat khas untuk menyimpannya
- Anda tidak memerlukan peti simpanan keselamatan untuk menyimpan buku akaun pelaburan emas. Sebaliknya sekirannya anda membeli emas fisikal, anda perlu menyimpan di tempat yang betul2 selamat / peti simpanan keselamatan. Ini bagi mengelak dari dicuri / hilang dan juga bagi memastikan sifat emas fisikal itu tidak berubah seperti masa ia dibeli.(Contoh: Mengelakkan dari calar. Harga fisikal emas yang telah calar mungkin akan kurang berbanding dengan harga pasaran).


Pelaburan emas merupakan pelaburan jangka masa panjang dan memberi pulangan yang setimpal kepada individu yang melabur. Namun begitu, masa ada juga individu yang membuat silap dalam pelaburan emas ini. Antara 5 kesilapan pelabur ialah:-

i)  Membeli barang kemas.
-Barang kemas merupakan emas perhiasan dan bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan kerana harga emas perhiasan telah ditambah dengan harga kos penghasilannya (workmanship) oleh pengusaha yang menghasilkan emas perhiasan. Akan tetapi, susut nilai emas perhiasa lebih tinggi berbanding emas pelaburan. Ini menyebabkan adakan kehilangan sekitar 20%-30% dari harga beli sekiranya anda jual balik.

ii) Pelaburan dibuat kerana terikut-ikut rakan atau kenalan terdekat
- Pelaburan dilakukan tanpa membuat sebarang analysis atau memperoleh infomasi terlebih dahulu sebelum melabur. Pastikan anda memperolehi infomasi yang secukupnya sebelum melabur.

iii) Pelaburan dibuat dengan meminjam wang
- Harga emas bukanlah statik dan ia berlaku penurunan dan kenaikan. Risiko melabur dalam emas dengan meminjam ada tinggi.

iv) Membeli syiling emas atau jongkong emas di kedai emas
 - Harganya lebih tinggi dari harga pasaran sekiranya anda membelinya di kedai emas. Terdapat juga syarat-syarat lain yang membebankan pelabur seperti seal atau emas tidak boleh dikeluarkan dari sarungnya dan sekiranya ia berlaku, harga emas tersebut akan susut nilai dan harga jual balik nya akan rendah dari harga pasaran.


v) Menjual emas ditempat yang salah
- Tempat terbaik untuk anda jual balik emas anda ialah di tempat anda membelinya. Sebelum membuat pembelian / pelaburan, pastikan akan memahami syarat-syarat serta terma pembelian / pelaburan tersebut.



Melaburlah dengan bijak untuk hari tua anda!!!:-)






 



                                                    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan